Assalamualaikum wbt.
Â
Alhamdulillah selesai sudah Program Tadabbur Al-Quran Muslimat 2024 pada hari Isnin, 18 Mac 2024. Program telah berlangsung dari 1 hingga 7 Ramadhan 1445H.
Â
Refleksi daripada kelas tadabbur Al-Quran yang boleh dijadikan ibrah dalam kehidupan harian antaranya :
Â
1. Ayat-ayat Al-Quran ini boleh menjadi kayu ukur untuk setiap perbuatan kita , bila nak buat sesuatu sama ada baik ataupun jahat, automatik akan teringat-ingat ayat Al-Quran yang menegah/melarang atau menggalakkan kita untuk buat perkara tersebut.
Â
2. Satu tanda orang yang Allah beri hidayah, dia akan berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Asbab dari kelas tadabbur ini insyaAllah sedikit sebanyak dapat diguna pakai dalam memperbaiki kualiti amal ibadah kita, solat kita atau apa sahaja urusan kehidupan harian kerana setiap ayat di dalam Al-Quran ini sangat berkait dengan kehidupan harian manusia.
Â
3. Rasa takut nak buat dosa & larangan Allah SWT kerana ayat Al-Quran itu adalah benar.
Wallahualam.
Â