Khairat Kematian
Masjid Al-Islah Kg Sawah

Khairat Kematian 2026

📌PENGUMUMAN RASMI📌
Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada seluruh ahli kariah Masjid Al-Islah, Kampung Sawah Banting bahawa kutipan Yuran Khairat Kematian bagi tahun 2026 adalah sebanyak RM60 setahun bagi setiap ketua keluarga, termasuk semua tanggungan di bawahnya.
Bagi Permohonan Baru, sila dapatkan borang di Masjid al-Islah Kg Sawah. Bayaran tambahan sebanyak RM20 akan dikenakan sebagai yuran pendaftaran baru.
Sehubungan itu, semua ahli sedia ada diminta untuk menjelaskan bayaran yuran sebelum atau selewat-lewatnya pada 30 April 2026 bagi memastikan keahlian kekal aktif. Pembayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem E-Khairat Masjid Al-Islah Kampung Sawah.
Secara tunai kepada:
  1. En Thaqif Tamyiz ( 011 3737 4006)
  2. En Saharuddin Rembol ( 014 600 6569)
  3. Pejabat Masjid
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
“ Islah untuk Ummah”