Assalamuaalaikum wbt.
Â
Alhamdulillah telah selesai edaran air tebu percuma sebentar tadi. Terima kasih kepada penginfaq yang memberikan kepercayaan kepada Biro Belia Masjid Al-Islah Kampung Sawah untuk mengedarkan 450 botol air tebu pada petang tadi.
Â
Dukacitanya kami telah mendapat feedback daripada sebahagian penerima air tebu yang mana telah menerima air tebu yang berada dalam kondisi yang kurang memuaskan. Untuk makluman, penginfaq telah memaklumkan pada pihak Biro Belia, air tebu telah diproses berperingkat.
Air tebu yang telah diproses awal dimaklumkan telah dibekukan bagi memastikan kesegarannya. Namun begitu terdapat sebahagian air tebu yang dimaklumkan kepada kami tidak lagi elok untuk diminum.
Â
Pihak Biro Belia dan penginfaq memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang telah menerima air tebu yang tidak lagi dalam keadaan yang baik tersebut. Diharapkan pihak tuan/puan sedia memaafkan kesalahan daripada pihak Biro Belia dan juga peninfaq air tebu tersebut. Sekian.